MOTTO

“MEMIMPIN PERADABAN UMMAH”

  VISI

Menjadi peneraju keagungan tradisi ilmu dan peradaban Islam.

  MISI

Memacu kecemerlangan akademik, khidmat ummah, sahsiah berkualiti dan teknologi berinovasi berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

  MATLAMAT PENDIDIKAN

Membentuk dai’e, ulama dan umara’ melalui dasar pendidikan yang berteraskan integral knowledge dan berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

  PIAGAM PELANGGAN
  • Memberi layanan mesra dan perihatin kepada masalah dan keperluan pelanggan.

  • Memastikan pelajar bergraduasi dalam tempoh yang dibenarkan.

  • Menggunakan teknologi semasa dalam perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran.

  • Menyediakan ruang konsultasi kepada pelajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu.

  OBJEKTIF
  • Melahirkan graduan yang holistik dan kompeten dalam membangunkan ummah dan peradaban.

  • Menyediakan graduan yang berkebolehan, berdaya saing dan mampu menerokai bidang pendidikan, peradaban, pentadbiran, perkhidmatan serta komunikasi dan teknologi berinovasi.

  • Melahirkan ilmuan yang profesional, kritis dan mampu menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan dalam bidang pengajian peradaban Islam.

  • Memperkasakan ilmu pengajian peradaban Islam melalui aktiviti pengajaran, latihan industri, penyelidikan, penerbitan dan perundingan.

  • Memasyarakatkan Fakulti menerusi penganjuran program, perundingan dan khidmat ummah.

  • Membangunkan program multi disiplin ilmu yang bersifat global dan profesional berasaskan kerjasama serta keperluan industri.