Staff Portal      MyPortal      kLMS
teruskan-kecemerlangan.jpg
teruskan-kecemerlangan-2.jpg

dr md noor 2

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah memasuki usia 25 tahun semenjak penubuhan KUIS (KISDAR) pada tahun 1995.

Alhamdulillah, dalam tempoh 25 tahun ini, pelbagai perkembangan dan pencapaian akademik boleh dilihat dengan pertambahan jumlah program pengajian di pelbagai peringkat, bermula dengan diploma hingga Doktor Falsafah, kerjasama-kerjasama akademik dengan pelbagai institusi dalam dan luar negara, penerbitan jurnal-jurnal dan sebagainya.

Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) bergerak berteraskan visi dan misi untuk menjadi peneraju keagungan tradisi ilmu dan peradaban Islam dengan memacu kecemerlangan dalam akademik, khidmat ummah, sahsiah berkualiti dan teknologi berinovasi berteraskan Al-Quran dan Al Sunnah. Visi dan misi ini diharapkan mampu merealisasikan hasrat KUIS untuk melahirkan Daie, Ulama’ dan Umara’.

Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) sangat mengalu-alukan sokongan dan dokongan dari semua pihak untuk sama-sama memacu kecemerlangan Fakulti dan KUIS.

“Memimpin Peradaban Ummah”

DR MD NOOR BIN HUSSIN
Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor